Biodata Janna Nick Nurul Jannah Pelakon Drama Syurga Nur



Secara tiba-tiba nama gadis cantik yang senang dipanggil dengan nama panggilan Janna Nick ini semakin menjadi sebutan di bibir peminat slot Akasia Drama TV3, apabila gadis muda yang baru menceburi dunia lakonan sekaligus menjadi pelakon utama bagi drama terbaru slot Akasia TV3 yang bertajuk Syurga Nur.

Walaubagaimanapun jikalau disingkap semula Biodata Janna Nick sebenarnya ini bukan pertama kali sebenarnya melakonkan drama. Kerana sebelum ini Janna Nick pernah tampil dalam beberapa drama termasuklah Jodoh, Jodoh 2 dan juga Pada Syurga Di Wajah Mu.

Pihak iBiodata jangkakan artis Malaysia, Janna Nick bakal meningkat naik selepas ini melihatkan sahaja daripada pakej yang ada pada dirinya termasuklah kelebihan yang ada pada dirinya berdasarkan biodata Janna Nick yang dikongsikan bersama dengan anda seperti di bawah ini :

Biodata Janna Nick Nurul Jannah

Nama Penuh : Nurul Jannah binti Muner
Nama Komersial : Janna Nick
Keturunan : Cina, Pakistan & Thai
Tarikh Lahir : Tahun 1995
Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah
Umur : 20 Tahun (2015)
Adik Beradik : Anak ke 2 daripada 4 beradik
Biodata Adik Perempuan Nurul Jannah : Nurul Balqish binti Muner (11 Tahun) diangkat menjadi School Cheerleaders
Pendidikan Janna Nick
Sekolah Menengah : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SPM)
Pencapaian Akademik : Mendapat 6A 2B+ dalam SPM
Sosial Media Janna Nick
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Janna-Nick
Twitter : https://twitter.com/jannanick95
Keek : https://www.keek.com/profile/janna_nick
Instagram : https://instagram.com/jannanick/?hl=en
Koleksi Drama, Telemovie Janna Nick
Drama :Puasa Oh Puasa (Astro Ceria & Maya HD), Abang Sado Jemur Kain (Iris TV3),Hidayahmu Ramadhan, , Anak Ke-5, Keluarga Karaoke, Syurga Di Wajahmu, , Syurga Nur, Jodoh, Jodoh 2,
Telemovie : Cinta Vlog (TV9 – 2012), Ikatan (RTM)

Melihatkan gambar gambar Janna Nick seperti koleksi di atas ini, muda lagi sebenarnya. Walaupun begitu, sudah dilihat peningkatan dalam kematangan penampilan dan imej diri bagi membawa watak-watak yang lebih dewasa daripada usianya yang sebenarnya. Ditambah pula melihatkan biodata Janna Nick boleh tahan juga rupanya. Makin bertambah artis Malaysia yang bijak-bijak dalam industri hiburan selepas ini.

No comments:

Post a Comment