Biodata Janna Nick pelakon Syurga Cinta




Wajah baharu dalam dunia lakonan, Janna Nick mungkin akan lebih dikenali dalam bidang lakonan tanahair selepas diberi kepercayaan penerbit dan pengarah drama tempatan untuk menggalas watak heroin dalam drama rantaian terbaharu berjudul Syurga Nur di Slot Akasia TV3

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner sebelum ini pernah muncul dalam beberapa drama antaranya Jodoh, Jodoh 2 dan Pada Syurga Di Wajahmu di kaca televisyen namun dia hanyalah diberi watak sebagai pelakon pembantu Selain Syurga Nur, drama terbaharu yang dibintangi olehnya adalah berjudul Puasa Oh Puasa ditayangkan di Astro Ceria (611) dan Maya HD (134) selain drama berjudul Abang Sado Jemur Kain bergandingan bersama Shah Jaszle Meskipun baru berusia 20 tahun pada 2015, namun pakej dan kematangan imej diri membuatkan Janna dilihat dapat menjiwai watak sebagai wanita dewasa dengan baik dalam setiap lakonannya

Bagi peminat drama di Slot Akasia yang mula meminati lakonan Janna Nick berikut disertakan biodata atau profil ringkas tentang dirinya Nama Penuh : Nurul Jannah binti Muner Tarikh Lahir : Tahun 1995 Asal : Sungai Petani, Kedah Umur : 20 Tahun (2015) Twitter: https://twitter.com/jannanick95 Instagram: https://instagram.com/jannanick

No comments:

Post a Comment